moderated by Muslim Aid Asia volunteer - http://www.donateforummah.comRumah Anak Yatim Darul Hanan Jln. Masjid Johor Bahru 81700 Johor Bagi orang ramai atau syarikat yang berminat untuk memberi sumbangan boleh berhubung melalui Bendahari Kehormat Darul Hanan pada talian 07 -2203237 atau talian terus Rumah Darul Hanan 07-2521689/252059

Home Top Ad

Siti Zaleha Jorimai ``Tahukah kamu orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zali...

Darul Hanan - Kasih sayang untuk anak yatim

Siti Zaleha Jorimai

``Tahukah kamu orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.'' (Surah Al-Maa'un: 1dan 2)

MEMBERI sinar pada kehidupan insan yang kurang bernasib baik, sekali gus merapatkan jurang antara yang senang dan susah bagi sesetengah orang ia memberi satu kepuasan yang tidak dapat dijelaskan dengan perkataan.

Banyak cara boleh dilakukan sama ada memberi sumbangan berbentuk wang ringgit atau tenaga, melakukan kerja-kerja sukarela atau beramal mengikut cara sendiri.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Hanan, Puan Seri Norzilah Mohamad Ali memilih untuk mengabadi kehidupannya dengan membantu anak-anak yatim dan keluarga miskin.

``Menjaga kebajikan anak yatim tanggungjawabnya besar, dalam Islam juga menyatakan begitu. Sebab itu, sebelum menubuhkan Rumah Darul Hanan ini saya buat homework betul-betul...saya melawat empat buah anak yatim untuk belajar cara pengurusan yang terbaik.

``Saya tidak mahu rumah tersebut sebagai sekadar tempat mereka berteduh saja tanpa mendapat sesuatu untuk bekalan hidup.


``Selalu saya sebutkan pada anak-anak ini bahawa untuk sekadar hidup tidak perlu datang ke sini pun mereka boleh hidup, tetapi saya mahu mereka jadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat,'' ujarnya.

Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan apabila pengurusan Rumah Darul Hanan amat mengambil berat soal sahsiah diri bagi setiap penghuninya.

Norzilah juga percaya kepada penekanan disiplin bagi menjadikan `anak-anaknya' lebih bertanggungjawab bukan saja pada diri sendiri bahkan rumah tersebut.

``Kami amat mengutamakan disiplin dan tanggungjawab sebab itu juga kami tidak panggil tempat ini asrama sebaliknya rumah. Kalau asrama, penghuni yang datang hanya menganggapnya tempat tinggal sementara tanpa rasa tanggungjawab menjaganya,'' ujarnya ketika ditemui di Rumah Darul Hanan, di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai sejarah penubuhan Darul Hanan, kata Norzilah ia bertitik tolak daripada langkah Johor Corporation (sebuah syarikat milik kerajaan negeri Johor) mengambil-alih Kampung Pasir Putih di Pasir Gudang untuk tujuan pembangunan.

``Mereka dapati kehidupan anak-anak nelayan di kampung tersebut amat menyedihkan tanpa pendidikan yang sempurna dan sebahagiannya hidup melarat dan terbiar,'' ujarnya.

Dari situ Kelab Wanita Johor Corporation atau Mutiara, yang dianggotai oleh pekerja wanita dan isteri-isteri anggota pekerja syarikat tersebut, mengambil iniseatif untuk menubuhkan Persatuan Kebajikan Darul Hanan yang kemudian mendirikan Rumah Darul Hanan bagi membantu anak yatim dan miskin tersebut .

``Adalah menjadi harapan kami untuk merapatkan lagi kasih sayang sesama mereka yang kurang bernasib baik di samping memberikan perhatian dan kasih sayang,'' ujarnya.

Darul Hanan sendiri menurut Norzilah, bermaksud Kasih Sayang yang mana ia bukan saja menjadi tempat berteduh, bahkan di sinilah anak-anak yatim dan kurang bernasib baik membina harapan menjalani kehidupan baru yang lebih sempurna.

Tambah beliau, pada peringkat awal penubuhan, rumah tersebut hanya mengambil anak perempuan sehinggalah mereka membina satu lagi bangunan yang menempatkan rumah lelaki.

Ketika ini rumah tersebut mempunyai 41 penghuni, namun sejak pengambilan pertama pada Januari 1994 Darul Hanan telah memberi perlindungan kepada kira-kira 190 anak yatim dan kurang bernasib baik.

Penghuninya juga bukan lagi dari sekitar Pasir Gudang, sebaliknya dari daerah-dareah lain termasuk dari luar negeri Johor.

Kawasan seluas empat ekar tersebut mempunyai dua rumah banglo dua tingkat yang masing-masing menempatkan rumah anak-anak lelaki dan perempuan yang diuruskan oleh lima petugas sepenuh masa.

Setiap rumah mempunyai tiga bilik tidur yang lengkap dengan bilik mandi dan persalinan, bilik sembahyang di tingkat atas, ruang belajar, ruang makan serta ruang tamu di tingkat bawah.

Darul Hanan juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran seperti bilik komputer untuk kemahiran anak-anak.

`Kemasukan pelajar ke sini dibuat berdasarkan permohonan dan syaratnya juga agak ketat kerana kami hanya memilih anak-anak yang betul-betul susah serta memerlukan bantuan,'' ujarnya.

Untuk itu katanya, jawatan- kuasa pemilihan biasanya akan meneliti setiap permohonan termasuk membuat lawatan secara peribadi ke rumah anak-anak yang berminat untuk tinggal di rumah tersebut.

Menurutnya, kriteria seperti umur serta minat anak-anak terhadap pelajaran adalah antara ciri-ciri yang diberi perhatian dalam pemilihan.

Selain penekanan ke atas pembelajaran bagi mencapai taraf kehidupan yang lebih baik, beliau juga menitikberatkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif, pembentukan jasmani serta rohani.

Menurut Norzilah, kemasukan anak-anak ini ke Darul Hanan tidak bermakna putusnya hubungan di antara mereka dan keluarga, sebaliknya hubungan erat masih lagi berkekalan.

Anggota keluarga dibenarkan untuk datang menziarahi, manakala anak-anak juga dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga khususnya semasa cuti persekolahan.

``Malah kami juga menggalakan para ibu datang masak bersama anak-anak supaya anak dapat merasai air tangan ibu walaupun seminggu sekali. Ini juga bagi mengelakkan ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada kami,'' ujarnya.

Mengenai kos pembiayaan pula katanya, operasi rumah tersebut ditampung oleh Tabung Pengurusan Kebajikan Darul Hanan yang diperoleh melalui projek-projek khas, derma sukarela dan sebagainya di samping sokongan daripada semua pihak.

Sokongan syarikat-syarikat lain berbentuk barangan dan tenaga kerja turut diterima dari semasa ke semasa sangat.

``Kami bergerak sendiri tanpa mendapat sebarang geran daripada kerajaan negeri atau pusat. Tetapi, kami bernasib baik kerana sedikit sebanyak kami mendapat sokongan dan bantuan daripada syarikat-syarikat yang ada di sekeliling kami,'' ujarnya yang turut bernaung di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (Peyatim).

Sementara itu, bagi orang ramai atau syarikat yang berminat untuk memberi sumbangan boleh berhubung melalui Bendahari Kehormat Darul Hanan pada talian 07 -2203237 atau talian terus Rumah Darul Hanan 07-2521689/252059

8 comentários:

inc3 said...

Salam,di sini saya ingin bertanya,jika saya ingin memberi sumbangan kepada anak yatim,ada saluran online tak?contoh deposit terus melalui Maybank2u.sekarang saya bekerja di Arab Saudi.harap saudara dapat membantu.terima kasih.

Lovely May said...

kami sedang mengadakan program Kutipan Amal & Sumbangan Pakaian Terpakai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan, kami juga ingin menghantar pakaian2 ini ke rumah darul hanan, saya ingin mendapatkan maklumat tentang rumah darul hanan dengan lebih lanjut.
Maklumat tentang aktiviti kami lawati blog http://lovelymaybeauty.blogspot.com
atau e-mail ke lovelymaymaria@yahoo.com.my

Terima kasih

Dell said...

Salam, saya tidak mampu untuk memberi bantuan dari segi kewangan, tapi saya teringin sangat jadi sukarelawan bagi membantu anak-anak yatim ni..boleh tau tak dimana saya saya boleh mendaftar?

Dell said...

Salam, saya tidak mampu untuk memberi bantuan dari segi kewangan, tapi saya teringin sangat jadi sukarelawan bagi membantu anak-anak yatim ni..boleh tau tak dimana saya saya boleh mendaftar?

anak melayu said...

salam....saya nak sgt berkhidmat dirumah anak2 yatim....

Salam inc3....sekiranua saya sapat membantu.saya akan membantu rumah anak yatim ini juga.jika ada pertanyaan yang ingin di tanya.sila hubungi saya di add email :alfian_wirayudha@yahoo.com sekian terima kasih.balasan tuan puan amat saya hargai.salam

syaira saad said...

boleh tak saya nak minta alamat penuh rumah anak yatim ini ?

Unknown said...

bole saya bertanya.. boleh tak jika ada remaja dalam lingkungan 18 ke atas ingin mengambil seorang anak angkat dan apa yang perlu di buat untuk mendapat kelulusan untuk mgambil seorang anak angkat